17 November 2016 - 08:42
Armenia Sokong Tindakan Rusia Di Syria.

Kerajaan Armenia menyatakan sokongan mereka kepada tindakan Rusia di Syria yang diambil berdasarkan permintaan yang dibuat oleh Damsyik sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Armenia menyatakan sokongan mereka kepada tindakan Rusia di Syria yang diambil berdasarkan permintaan yang dibuat oleh Damsyik sendiri. Sokongan itu dinyatakan oleh Presiden Armenia, Serzh Sargsyan ketika sebuah temu bual dengan saluran TV Rossiya 24.

"Kami menyokong penuh tindakan Rusia untuk membantu (Damsyik) berasaskan permintaan kerajaan Syria sendiri. Kerajaan Syria berhak untuk meminta bantuan dan memberikan bantuan pula adalah hak kerajaan Rusia," tegas beliau.

Menurut Sargsyan, negara beliau menyokong sebuah resolusi untuk menyelesaikan krisis di Syria. Beliau juga mengatakan bahawa krisis itu tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Presiden Armenia juga memberitahu media tersebut bahawa seramai 20000 orang beretnik Armenia sedang tinggal di Syria.